Dok sebok kita cerita pasal solat and solat jumat...kita lupa lak yang sebelum solat kita kena ambil wudhuk..wudhuk ni syarat sah solat...so kna la g rajin2 amek wudhuk...
Utk pastikan wudhuk kita sah... kita kena make sure kita Islam, Tamyiz, kesucian air, tak ader penghalang sprti kotoran, tak ader penghalang syari'i seprti hasi dan nifas, dan mengetahui mana yang fardu dan sunat...
So kita go step by step..t aku mention mana fardu n mana yg sunah...so dengan kebiasaan kita berwuduk...so kat KUNING (SUNAH) and HIJAU (FARDU)
1. Baca bismillah sebelum berwudhuk (SUNAH)
2. Membasuh kedua telapak tangan (SUNAH)
kalo korang rasa ragu tangan korang bersih o tak o mmg yakin kotor... so g g la basuh tapak tangan korang tu.. tp jangan main terus celup tangan korang dlm air yang kurang dr 2 qullah o bersamaan 217 Liter o 9 2/3 tin minyak tanah...sebab iar tu akan jd air mustakmal...air tu dah tak boleh jadi air yang menyucikan sebab mngkin terdapat perubahan dalam air dr segi sifat, rasa, dan bau. so be alert ngan benda ni ok...
3. Bersiwak @ Bersugi (SUNAH)
Hadith:
Diriwayatkan dari Abu Musa r.a : Aku menemui Nabi Muhammad SAW dan aku melihat Nabi SAW membawa siwak dalam genggaman tangannya kemudian menyikat giginya dan terdengar suara Uh!Uh! seakan Nabi SAW hendak muntah ketika siwak itu masih berada di dalam mulutnya.
Huraian Hadith:
Rasulullah SAW bersiwak setiap kali waktu solat, tetapi tidak memerintahkan sahabat untuk ikut bersiwak setiap kali hendak solat melainkan disuruh supaya berkumur-kumur ketika mengambil wudhu'. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi. Hukumnya adalah sunat tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca al-Quran dan ketika berubah bau mulut. Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi , kayu sugi dan lain-lain. Dari Aisyah r.a. Nabi SAW telah bersabda yang maksudnya:Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya .(al-Baihaqi )
4. Madhmadhah (Berkumur) & Istinsyaq (Hirup air dgn hdng lalu menyemburkannya) (SUNAH)
menurut pendapat yg rajih, kita dahulukan berkumur baru Istinsyaq..bila kita berkumur dan keluarkan air.. dosa2 pun akan turut runtuh mengikuti air yang mengalir.
5. Niat membasuh muka (FARDU)
Niat ni wajib korang baca..sebab nabi bersabda sesungguhnya amal perbuatan bergantung pada niat...so nak amek wuduk depend atas sebab aper...antaranya...
Berniat utk hilangkan hadas
Niat utk menunaikan fardu wuduk dan melakukan ibadat
6. Membasuh wajah (FARDU)
7. Membasuh kedua tangan sampai siku (FARDU)
hendaklah mencakup kedua siku atau daerah sekitarnya..
8. Mengusap sebahagian kepala (SUNAH)
mengusap kulit kepala atau rambut yang tumbuh di kepala, meskipun hanya satu helai rambut. tapi kena jaga...jangan usap rambut yang kuar dr batasan kepala...so kita playsafe..ikut cara nabi...usap ubun2 dan penutup kepala baginda.
9. Mengusap kedua telinga (SUNAH)
10. Membasuh kedua kaki hingga mata kaki (FARDU)
Membasuh kedua kaki harus dilakukan sampai mata kaki...mata kaki ni dua buah tulang yang menonjol pada sendi pertemuan antara betis dan telapak kaki..
11. Mengurutkan basuhan angota wudhuk, meskipun bersifat kira2 (FARDU)
Mengurutkan basuhan anggota wudhuk hukumnya wajib sbb nabi selalu berwudhuk dengan berurutan.
12. Menyela janggut yang tebal, jari tangan dan kaki (SUNAH)
Benda yang sunah ni kalo buat dapat pahala...so kalo kita ikut sunah kan bgus,,,
13. Mendahulukan yang kanan dr yang kiri (SUNAH)
Sunah mendahulukan angoota tubuh yang kanan atas angota tubuh yang kiri bagi setiap anggota wudhuk yang berpasangan. tidak disunahkan membasuh secara bersamaan.
14. Menyempurakan Al-ghurrah dan At-tahjil (SUNAH)
Al-ghurrah adalah membasuh muka lebuh dri batas yang diwajibkan...sama jgk ngan at-tahjil iaitu membasuh tangan lebih dr batas yang telah diwajibkan
15. Muwallah (SUNAH)
Membasuh angota berikutnya sebelum anggota sebelumnya kering dalam situasi yang normal...
16. Elakkan minta bantuan untuk tuangkan air slama tak der halangan
Meminta bantuan tanpa ada halangan menampakkan korang mals dan sombong yang tak layak dilakukan oleh orng yg nak beribadah...
17. Berdoa slpas wuduk (SUNAH)
No comments:
Post a Comment