Assalamua'laikum
So for the first topic aku nak share skit pasal solat...sebab bnyak jugak la yang aku tepeleot masa nak menunaikan solat.. alhamdulillah sekarang aku tgh perbaiki solat aku skit demi skit... harap2 diterima ibadah solat kita..
Ok...yang pertama kita kena tahu yang rukun solat tu ader 13..tak payah nak hafal...sebab sembahyang ni learning by doing...kalo setakat hafal...nate la jawabnya... so ni dia rukun solat...
1. Niat
SUBUH
ZOHOR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
2. Qiyam (Berdiri)
syarat berdiri iaitu meluruskan tulang punggung bukan tulang leher macam kat bawah ni..
kalo tak mampu berdiri, boleh berdiri membongkok. kalo tak mampu jgk boleh solat sambil duduk, dan rukuk dengan cara menyejajarkan dahi pada tempat sujud. selalunya solat ni utk orang sakit jer n bagi yang tak berkemampuan utk berdiri...so kalo kita tgh sihat ni jgn nak menggatal solat secara duduk o terlentang lak sbb tak sah pun kalo korang buat gitu time tgh sehat ni...
kalo tak mampu jugak nak duduk...boleh la solat sambil baring miring atau terlentang dengan dengan cara menyandarkan kepala dengan sesuatu..
3. Takbiratul Ihram
Sebelum doa iftitah, posenya kena mcm ni dulu..than baru doa iftitah dan kemudiannya Al-Fatihah..
4. Membaca Al-Fatihah
Baca Al-Fatihah ni wajib dan tidak sah solat yang di dalam nya tak ader Al-Fatihah (Hr.Ibnu Huzaimah dan Ibnu Hibban)... lepas kita baca Al-Fatihah..kita baca la mana-mana surah yang kita tahu dalam dua rakaat yang pertama...
5. Rukuk serta tuma'ninah
Rukuk ialah menyejajarkan tulang punggung dan leher, menegakkan kedua betis, menggengam kedua lutu dengan kedua tangan, merenggangkan jemari tangan dengan punggung jemari menghadap kiblat, membaca takbir pada permulaan rukuk sambil mengangkat kedua tangan seperti takbiratul ihram.
Mengikut Mazhab Syafiee...rukuk tanpa tuma'ninah adalah tidak sah kerana termasuk dalam rukun solat. Tuma'ninah bermaksud ketenangan dan jika tiada tuma'ninah tiadalah ketenangan.
Mengikut sabda Nabi S.A.W. "Seburuk-buruk pencuri ialah pencuri dalam solat." Siapa pencuri dalam solat? Yakni, "mereka yang tidak menyempurnakan ruku' dan sujud."
bacaan mengenai tuma'ninah boleh didapati DISINI..
bacaan pada masa rukuk adalah
6. Iktidal serta tuma'ninah
Disunahkan mengangkat kedua tangan pada permulaan kita bangun dari kedudukan rukuk sambil
Tapi lain pulak kalo time subuh..kalo tak baca tak perlu diulangi tapi kena buat sujud sahwi...ok kalo time subuh masa nak berdiri tegak still kita guna
.... and after that kita kena baca doa qunut,,,posisi dia macam kat bawah ni...
tak hafal doa qunut?? dun wory u read this ok...
7.Sujud serta tuma'ninah
Memulai takbir tanpa mengangkat tangan, meletakkan kedua lutut kemudaian baru tangan, dan kemudian meletakkan dahi dan hidung dalam keadaan terbuka. macam biasa per disertakan dengan tuma'ninah.
bacaan bagi sujud adalah
dalam keadaan posisi yang macam ni...
8. Duduk antara 2 sujud serta tuma'ninah
Syarat duduk diantara 2 sujud adalah sama dengan rukuk dan sujud iaitu tuma'ninah.... dimulai dengan takbir tanpa mengangkat tangan bersamaan dengan mengangkat kepala dari posisi sujud dan duduk iftirasy, meltakkan kedua tangan di atas peha berdekatan kepala lutut serta menjulurkan jemari kearah kiblat seperti saat sujud macam ni...
bacaan bagi duduk anatara 2 sujud adalah
9. Membaca tahiyat akhir
ni adalah minimal bagi bacaan tahiyat akhir dan selalunya kita baca ni masa tahiyat awal pada rakaat kedua.
10. Duduk tahiyat akhir
Hukumnya adalah wajib bg yang mampu dan keadaannya macam ni masa duduk
11. Membaca selawat atas nabi
3 rukun yang terakhir ini adalah saling berkaitan dan kalau korang dalam solat dalam posisi duduk dalam tahiyat akhir...korang akan gabungkan bacaan tahiyat akhir dan selawat atas nabi sekali...ni dia full version...
12. Salam
pada salam pertama menoleh ke kanan hingga pipi kanan terlihat dan pada salam ke dua terlihat pipi kiri dengan niat mengucapkan salam kepada makhluk yang ada di sebelah kanan dan kirinya.
13. Tertib
Melakukan rukun solat secara urutan...jangan sesuka hati ja nak pilih mana satu nak buat dulu...sebab ini ikut sunah nabi.
No comments:
Post a Comment